Hai semua,,
dalam sistem suria kita ni, ada 8 planet semuanya, dan planet Utarid (Mercury) ni lah planet paling kecil sekali dalam sistem suria ini... diameter planet ini 40% lebih kecil berbanding bumi dan 40% lebih besar berbanding bumi.. planet ini juga merupakan planet paling terdekat dengan matahari.. planet ini juga tiada atmosfera, oleh itu permukaan planet ini cukup panas sehingga mencecah 427 darjah celcius maksimum dan minimumnya mencecah -193 darjah celcius pada waktu malam...
disebabkan planet utarid tiada atmosfera, suhu pada waktu siangnya mencecah 427 darjah celcius dan suhu malamnya mencecah -193 darjah celcius... namun, walaupun planet ini terlalu dekat dengan matahari, planet ini bukanlah planet paling panas dalam sistem suria,, planet zuhrah (Venus) iaitu planet ke-2 dri matahari merupakan planet paling panas... mengapa ?? akan saya ceritakan pada topik yg baru nnt mengenai planet zuhrah...
oleh kerana tiada atmosfera jugalah, langitnya kelihatan gelap seperti di angkasa lepas.. permukaan planet ini berkawah seperti bulan... mempunyai tebing2 tinggi yg berketinggian pulugan ribu ke angkasa... jika anda berada di atas permukaannya, anda akan mendapati planet zuhrah dan bumi menjadi objek samawi yg cukup terang di sana...
Cara mencari planet utarid
Bagaimanakah kita yg di bumi ni nak menjejaki planet utarid,, planet ini agak sukar utk dicerap kerana beberapa faktor menghalang seperti :
- Altitud
- tarikh dan waktu yg terhad.
dri segi Altitud,, planet ini hanya akan kelihatan selepas matahari terbenam,, dan altitudnya cukup rendah ke ufuk barat,, ditambah lagi dgn cahaya matahari yg masih kelihatan walaupun sudah terbenam,, ini menjejaskan lagi visual kita terhadap planet ini.... oleh itu planet ini tidak seberapa terang dan rendah,, ini adalah cabaran utk mencerapnya kerana ada di kalangan ahli astronomi professional dunia yg tidak pernah melihat planet utarid dgn mata kasar dalam seumur hidupnya.
tarikh dan waktunya juga terhad,, pada tarikh2 tertentu, planet ini kelihatan di ufuk barat,, dlm tarikh2 yg lain pula, planet ini terbenam awal dan tidak kelihatan...
Transit
planet utarid juga mempamerkan satu fenomena yg menarik utk dicerap dan jarang berlaku seperti fenomena gerhana.... fenomena yg jarang ini ialah Transit iaitu lintasan planet utarid di dpn matahari,, jika anda melihat matahari menerusi teleskop yg dilengkapi penapis matahari, anda akan dapati satu tompok hitam di tgh2 matahari,, itulah planet utarid...
untuk melihat fenomena seperti itu, anda perlu menunggu utk thn 2012,, tpi itu bukan transit planet utarid,, tpi planet zuhrah.... kalo planet zuhrah besar sikit,, maybe nmpak lgi jelas,,
semoga bertemu lgi utk topik yg bru,, "planet zuhrah planet kembar"..... Assalamualaikum.
[+/-] Ringkasan...